fbpx

Wanita 70 tahun maut, kereta rempuh pagar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar rumah di Taman Gabungan, Lahad Datu kelmarin. -Foto PDRM

LAHAD DATU – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar rumah di Taman Gabungan di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa.

“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal kereta itu sebelum merempuh pintu pagar sebuah rumah. Kereta mangsa turut merempuh sebuah kereta yang diletakkan di kawasan perumahan sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, ekoran rempuhan itu mangsa yang merupakan wanita warga emas meninggal dunia di lokasi kejadian

Sampel darah pemandu diambil untuk dianalisis. Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI