fbpx

Permohonan e-Sekatan Perjalanan dibuka Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan bermula 4 Mac lalu.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, e-Sekatan Perjalanan boleh diakses melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Sekatan Perjalanan.

Katanya, permohonan bagi pembatalan sekatan perjalanan hanya dibenarkan kepada pemohon yang memenuhi semua kriteria iaitu sekatan perjalanan melibatkan individu warganegara Malaysia.

“Selain itu, sekatan perjalanan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

“Seterusnya, sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pengarah syarikat dan membuat bayaran penuh amaun tunggakan cukai,” katanya.

Jelasnya, bagi tujuan bayaran penuh amaun tunggakan cukai, pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan ByrHASiL https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau menerusi perbankan internet bank terpilih dengan menggunakan Nombor Bil sekatan perjalanan.

Jelasnya, permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.

“Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi pejabat HASiL berhampiran atau HASiL Care Centre di talian 03-8911 1000,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI