fbpx

Rakyat gagal daftar Padu, data sedia ada mencukupi -Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Sebanyak 17.65 juta profil rakyat atau 58.7 peratus termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya mengemaskini sistem Pangkalan Data Utama (Padu) selepas ia ditutup pada pukul 11.59 malam tadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, seramai 11.55 juta atau 52.6 peratus warganegara berumur atas 18 tahun turut berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri di sistem Padu.

Katanya, bagi pendaftaran warganegera berumur 18 tahun ke atas, Johor merekodkan sebanyak 48.4 peratus, manakala Kedah (58.9 peratus), Kelantan (65.2 peratus), Melaka (53 peratus), Negeri Sembilan (56.2 peratus) dan Pahang (59.7 peratus).

Jelasnya, Pulau Pinang pula sebanyak (52.9 peratus), Perak (60.3 peratus), Perlis (66.9 peratus), Selangor (44.5 peratus), Terengganu (62.7 peratus), Sabah (52.8 peratus), Sarawak (46.7), Kuala Lumpur (47.6 peratus), Putrajaya (56.2 peratus) dan Labuan (55.2 peratus).

“Kementerian Ekonomi seterusnya akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.

“Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, warganegara yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di Padu, data pentadbiran sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi.

“Sekiranya ada keperluan, Kementerian Ekonomi akan umumkan pembukaan semula Padu untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI