fbpx

Tragedi kepala air: Mayat kanak-kanak ditemui, 2 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba giat mencari baki mangsa dipercayai lemas dalam kejadian kepala air di sebuah sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Serdang, hari ini.

SERDANG – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut selepas terbabit insiden kepala air di sebuah sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kanak-kanak tersebut ditemui 1 kilometer daripada lokasi kejadian.

“Kesemua yang terlibat dikenal pasti sebagai warga Indonesia.

“Pada pukul 7.01 malam tadi, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dijumpai oleh pasukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) 1 kilometer daripada tempat disyaki jatuh.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Baki mangsa yang belum ditemui adalah isteri mangsa berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, tiga beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di sebuah sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di sini, hari ini.

Kejadian tersebut dikejutkan dengan panggilan pada pukul 4.35 petang tadi oleh bapa mangsa.

Sehubungan itu, enam anggota dan pegawai serta sebuah jentera keluar Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang bergegas ke lokasi kejadian dibantu unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Shah Alam.

Pihak bomba dimaklumkan ayah mangsa terdapat tiga orang kanak-kanak (dua lelaki satu perempuan) dan seorang wanita dewasa telah lemas di sungai.

Seorang berjaya ditemui dalam keadaan selamat sekitar pukul 5 petang oleh orang awam manakala yang lain belum ditemui.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI