fbpx

Kecewa terbeli juadah ikan pari bakar hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan juadah ikan pari bakar yang hangus.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga meluahkan rasa kecewa apabila ikan bakar yang dibeli untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa hangus.

Menurut perkongsian sebuah video berdurasi 40 saat, pembeli itu terkejut apabila mendapati ikan pari bakar berharga RM8 itu kehitam-hitaman dan tidak boleh dimakan.

“Besar tapak tangan sahaja, tetapi yang ‘best’ memang bakar betul,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga terbabit yang tidak menjaga kualiti makanan yang dijual.

“Nasihat aku la, kalau pegi bazar jangan beli benda yang kau tak nampak. Contoh makanan dah siap bungkus. Memang kena gini la jawabnya,” kata Syamil.

“Simpanlah. Esok hantar balik kat tuan dia, tengok nak mengaku tak itu ikan yang dia jual semalam,” kata Miera.

“Tak ada perasaan malu ke jual makanan begini? Bila orang dah tak pergi bazar kata tak nak ‘support’. Bila dah bantu, masalah beginilah (timbul),” keluh Syukrie.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 80,000 kali oleh pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI