fbpx

Rumah jadi tempat simpan 1,676 karton rokok seludup digempur polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kelar, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis menggempur sebuah rumah yang dijadikan tempat penyimpanan sebanyak lebih 1,676 karton rokok seludup bernilai RM348,816 termasuk cukai di Kampung Kelar, di sini semalam.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 7.05 pagi selepas anggota polis menjalankan intipan selama sejam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, semasa serbuan dijalankan, rumah tersebut didapati tidak berkunci dan tidak berpenghuni.

Menurutnya, pemeriksaan di bahagian bilik sebelah belakang dapur kemudiannya menjumpai kotak-kotak rokok yang belum mendapat kelulusan cukai oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, polis merampas sebanyak 1,676 karton rokok pelbagai jenama yang bernilai RM348,816 termasuk cukai.

“Polis sedang mengenal pasti identiti individu terlibat dan usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kama Azural memberitahu, pihaknya akan terus membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi, arak dan rokok yang menyebabkan kerugian kepada hasil dalam negara.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI