fbpx

Lelaki Israel ditahan: PDRM waspada keselamatan Agong,PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika sidang akhbar di sini, semalam. FOTO: KOSMO!/ AMARULLAH ZAINUZZAMAN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bimbang dan berwaspada akan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penahanan seorang lelaki Israel bersama beg berisi enam pucuk senjata dan 200 butir peluru, pada Rabu lalu.

Menurut Razarudin, lelaki Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel Jalan Ampang, di sini, dan mendakwa suspek telah menetap di beberapa hotel sebelum dicekup polis di hotel terbabit.

“Apa yang membimbangkan bila kita lihat isu di Palestin dan Israel. Kita sangat berwaspada dengan keselamatan Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong dan pegawai-pegawai yang perlu ambil kira keselamatan mereka.

“Kita tidak percaya sepenuhnya cerita suspek, mungkin ada agenda lain,” katanya ketika sidang akhbar Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini hari ini.

Menurut Razarudin, hasil pemeriksaan mendapati suspek memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis sejak 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apabila soal siasat dibuat, dia (suspek) telah pun memberi satu lagi pasport negara asal iaitu Israel sendiri.

“Kita telah merampas beg berisi enam senjata api. Kononnya, dia mencari seorang penama Israel juga untuk dibunuh kerana ada isu keluarga kononnya,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan di bilik hotel menemukan senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg.

Beliau yakin suspek tidak bergerak secara bersendirian dan berkemungkinan mempunyai rangkaian dengan individu tertentu yang masih belum dikenal pasti.

“Suspek tiba ke negara ini sebelum ‘order’ senjata tersebut dengan menggunakan mata wang kripto. Pembayaran senjata yang dibeli itu masih belum diketahui dan siapa yang menerima bayaran bagi transaksi tersebut.

“Dia telah masuk ke negara ini menaiki penerbangan melalui Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia,” jelasnya.

Jelasnya lagi, permohonan reman dibenarkan bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Kita akan teruskan reman sekiranya siasatan masih perlu dilanjutkan manakala suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat),” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI