fbpx

Penyamun larikan shortgun, 200 peluru milik penoreh getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang penoreh getah terkejut selepas kediamannya dipecah masuk dan senjata api miliknya dilarikan dalam kejadian di Kampung Air Kuning Selatan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pada pukul 9.51 malam tadi, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu lelaki warga emas berusia 60 tahun.

Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa kehilangan selaras senjata api jenis shortgun 12 bore, 200 butir peluru 12 bore, dan peti besi simpanan senapang.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 2.30 petang hingga 8 malam. Ketika kejadian mangsa tiada di rumah dan berada di Gemas.

“Polis kini giat mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Oang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau 06-4411222 atau mana-mana bali polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI