fbpx

Pecah rumah jenayah popular Ramadan di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hong Fong bersama dengan komuniti di Pandamaran, Klang, hari ini.

KLANG – Kegiatan pecah rumah antara kes jenayah popular sepanjang dua minggu pertama Ramadan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perkara itu dikesan berdasarkan laporan yang diterima pihaknya setakat ini.

“Lokasi yang menjadi sasaran penjenayah antaranya melibatkan kawasan perumahan dan perkampungan.

“Justeru, rondaan polis sama ada kereta atau bermotosikal dipertingkatkan bagi mengekang jenayah pecah rumah tersebut,” katanya pada program Singgah Sahur bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di Pandamaran di sini, awal pagi tadi.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan sentiasa memaklumkan kepada balai polis berdekatan mengenai ketiadaan mereka di rumah.

“Pemakluman itu bukan hanya ketika musim perayaan, namun melibatkan hari biasa jika pulang ke kampung halaman.

“Selain itu, mereka boleh memaklumkan kepada jiran supaya dapat membantu melaporkan kepada polis jika ada kejadian jenayah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, objektif program berkenaan bertujuan merapatkan hubungan termasuk penugasan dijalankan pegawai dan anggotanya.

“Bagi saya, program turun ke lapangan ini turut menjadi platform untuk menambah baik faktor penugasan. Di samping, kebajikan pegawai dan anggota antara keutamaan saya kerana mereka perlu sentiasa sihat serta cergas untuk berkhidmat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI