fbpx

Ismail Man dilantik Ketua Polis Daerah Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLI (kiri) menyerahkan tugas kepada Ismail (kanan) sambil disaksikan Datuk Seri Yahaya Othman di Kelab Polis IPD Lipis di Lipis semalam.

LIPIS – Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Superintenden Ismail Man dilantik sebagai Ketua Polis Lipis berkuat kuasa semalam.

Ismail menggantikan Asisten Komisioner Azli Mohd. Nor yang bertukar ke Terengganu selepas dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Kelab Polis Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis itu disaksikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Ismail berkata, beliau akan melaksanakan tugas dengan baik khususnya dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Mana-mana sahaja ditugaskan saya akan menyesuaikan diri dengan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di Lipis,” katanya.

Dalam pada itu Azli yang akan memulakan tugas di Kuala Terengganu pada 31 Mac ini selepas kira-kira 22 tahun bertugas di Pahang berkata, beliau akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga (IPD) Lipis atas sumbangan dan kerjasama sepanjang lima tahun dua bulan saya bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Lipis.

“Begitu juga kerjasama dan komitmen padu daripada ketua-ketua jabatan dan agensi yang berada di dalam daerah Lipis termasuk kempimpinan masyarakat sesuai dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN