fbpx

BNS dijenamakan semula sebagai LUNAS – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijenamakan semula.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat tersebut dijenamakan kepada Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS).

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memberi suntikan imej baharu kepada pengurusan dan syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

“Dengan imej baharu itu, ia bukan sahaja dapat membentuk imej positif terhadap syarikat, malah dapat memberi semangat baharu kepada pekerja.

“Seterusnya meyakinkan semua pemegang taruh bahawa LUNAS tetap komited dalam merealisasi agenda pertahanan negara terutama melaksanakan projek pembinaan LCS untuk TLDM,” katanya dalam jawapan bertulis di portal Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai rasional penjenamaan semula BNS kepada LUNAS. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI