fbpx

Prosiding LTAT, NIISe akan dijalankan selepas Aidilfitri -PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan dua prosiding baharu selepas Aidilfitri termasuk isu berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain isu berkaitan LTAT, prosiding berkaitan Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) turut akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

“Prosiding berkaitan LTAT akan bermula pada 20 Jun depan selepas isu yang dilaporkan di bawah lembaga itu dalam Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mas Emeryati berkata, bagi prosiding NIISe di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ia akan dilaksanakan di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d), iaitu prosiding yang diadakan atas apa-apa perkara lain yang difikirkan Jawatankuasa itu patut diperiksa, yang membabitkan kepentingan awam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI