fbpx

Pengusaha dobi rugi RM580, pencuri pecah mesin wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumaiyah melihat mesin wang yang dipecah penjenayah di kedai dobi di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pengusaha kedai dobi mengalami kerugian RM580 selepas premisnya di Bandar Laguna Merbok, di sini dipecah masuk pada pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pencuri bertindak memecahkan dinding papan untuk masuk ke ruang bilik menempatkan bahagian belakang mesin basuh dan mesin wang.

Pengusaha premis berkenaan, Sumaiyah Muhammad Pisal, 30, berkata, dia menyedari kejadian sebaik tiba di premisnya kira-kira pukul 1 tengah hari, semalam.

“Selepas membuat pemeriksaan, saya mendapati dinding papan dipecahkan sebelum saya memeriksa televisyen litar tertutup (CCTV).

“Suspek bertindak mencungkil mesin wang dan melarikan kesemua wang kutipan yang berjumlah RM580,” katanya ketika ditemui di premisnya di Bandar Laguna Merbok, di sini hari ini.

Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis pada pukul 12 tengah malam tadi dan berharap suspek dapat ditahan segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI