fbpx

Notis merah gagal, polis sekat passport Ganesparan Nadaraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shuhaily ketika sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal mengeluarkan notis merah terhadap seorang pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang memuat naik video menghina agama Islam baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, perkara berkenaan gagal berikutan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol).

“Kita mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini, hari ini.

“Ganeshparan bukan karakter asing kerana di dah buat onar sejak tahun 2017 atau 2018 lagi. Ini bukan kali pertama dia sentuh perihal Raja, agama dan politik.

“Sejak 2018 sehinggalah semalam, sebanyak 22 kes membabitkan Ganeshparan. Apabila disiasat, pada tahun 2018 dia telah keluar negara dan sehingga ke hari ini belum dikesan kembali ke dalam negara.

“Apa yang dilakukan (video tular) dipercayai di luar negara. Pada tahun 2021, kita telah buat pertuduhan secara tanpa hadir di mahkamah kerana menghina dan mengfitnah Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Agong,” ujarnya.

Mohd Shuhaily memberitahu, kertas siasatan dua laporan terbaru ini akan menjurus kepada tindakan yang sama.

“Buat masa ini, siasatan masih belum selesai dan kita akan mengambil beberapa keterangan yang diperlukan untuk memperkemaskan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC),” jelasnya.

Semalam media melaporkan oolis telah membuka kertas siasatan terhadap Ganesparan yang menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan PDRM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 21 kertas siasatan terhadap individu yang dikenali N Ganesparan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI