fbpx

KPISM seru MB Johor selesaikan isu lain di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ajeet Singh Gurbax Singh

JOHOR BAHRU – Tindakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang kerap mengadakan lawatan ke pintu masuk utama negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Masakan tidak, lawatan yang dilakukan oleh Onn Hafiz itu bukanlah sekali dua namun ada ketikanya Menteri Besar Johor itu membuat lawatan mengejut hampir setiap hari meninjau kelancaran operasi di BSI.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Ajeet Singh Gurbax Singh memuji usaha Onn Hafiz yang sering turun padang dan melawat BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.

Katanya, beliau adalah seorang Menteri Besar yang peka dan berani memberi teguran supaya sesuatu masalah dapat diselesaikan di peringkat jabatan dan juga kementerian.

Bagaimanapun, katanya, Onn Hafiz juga perlu memberi tumpuan kepada isu rakyat khususnya melibatkan golongan B40.

“Meski pun di Johor terdapat pelbagai isu rakyat yang perlu diselesaikan seperti rumah rakyat Johor, kesesakan lalu lintas di Johor Bahru, kekurangan barangan subsidi seperti minyak peket dan beras tempatan.

“Selain itu, bekalan air yang sentiasa terputus di daerah-daerah, isu perparitan di kawasan pendalaman dan kawasan rendah yang mudah banjir, namun kesesakan lalulintas di BSI dan KSAB tetap diberikan keutamaan.

“Saya yakin banyak lagi kawasan kampung yang belum sempat Menteri Besar Johor turun padang dan lawat serta menjiwai kesusahan mereka.

“Saya mohon sedikit perhatian juga dapat diberi kepada isu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Skudai ke Ayer Hitam yang sentiasa sesak kerana hanya mempunyai dua laluan sahaja berbanding tiga laluan dan empat laluan di baki lebuh raya sehingga ke Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lalu, Onn Hafiz meluahkan rasa kecewa apabila mendapati lebih 13 kaunter di laluan kereta tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI