fbpx

Saksi kemalangan Ahli Parlimen Rantau Panjang diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Antrabangsa, kelmarin.

AMPANG JAYA – Polis meminta saksi kemalangan antara dua kenderaan yang membabitkan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff di Jalan Bukit Antarabangsa, di sini, kelmarin tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 5.08 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta Mazda dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa hujan lebat dan kereta Mazda secara tiba-tiba datang dari arah bertentangan masuk ke laluan pemandu Hilux menyebabkan berlakunya pertembungan.

“Akibat daripada kemalangan ini, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, manakala kesemua mangsa mengalami kecederaan.

“Pemandu dan penumpang Hilux terdiri daripada empat ahli keluarga di mana salah seorang penumpang adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, saksi kes kemalangan ini diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Siti Zailah berkongsi detik cemas berhubung kemalangan terbabit yang mengakibatkan anak perempuannya cedera.

Menurut Siti Zailah, ketika kejadian, mereka sekeluarga dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Puchong, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI