fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Mesyuarat khas 4 April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 4 April depan bagi menentukan tarikh-tarikh penting dalam melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu kelak.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya itu akan dibincang dan diputuskan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Kuala Kubu Baharu berikutan kematian penyandangnya mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac 2024.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX,
kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60. hari dari tarikh kekosongan tersebut berlaku dan disahkan oleh SPR,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI