fbpx

RUU MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sesi soal jawab pada Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri Bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024 di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah mendapat jaminan dan perkembangan positif daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan RUU itu dibentangkan.

“Perkembangan (RUU) sangat bagus dan saya dapat jaminan AGC kalau dapat jadual pembentangan Julai. Itu munasabah untuk jelmakan MCBA sebagai entiti,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi KDN dan pengamal media di sini, hari ini.

Untuk rekod, MCBA merupakan agensi barisan hadapan di pintu masuk negara termasuk pelabuhan yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan sempadan serta pemeriksaan secara bersepadu dan komprehensif.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah meluluskan angka perjawatan untuk melengkapkan gerak kerja MCBA.

Katanya, ketika ini, jawatan itu dalam proses pengisian.

“KDN juga diberikan persetujuan Jemaah Menteri pada minggu lepas untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Pengoperasian untuk MBCA.

“Dengan itu, kami (KDN) akan mulakan dulu (jawatankuasa pemandu dan pengoperasian) dengan membabitkan agensi terlibat, kita mulakan dengan beberapa agensi awal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI