ALOR SETAR – Terdapat segelintir pempengaruh di negara ini sanggup menghasilkan kandungan palsu untuk dimuat naik di media sosial semata-mata mahu mengejar populariti dan dikenali ramai. Lebih melampau, mereka sanggup mengupah individu tertentu untuk melakonkan satu-satu watak bagi memperdaya orang ramai. Antara watak itu adalah menyamar orang susah bagi meraih simpati kononnya bagi tujuan eksperimen sosial selain berpura-pura menerima hadiah lumayan sedangkan tawaran itu sebenarnya tidak wujud. Perbuatan itu dipercayai ditiru daripada pempengaruh luar negara yang menggunakan idea tersebut untuk……