fbpx

Jasad Koperal Sathyaraj Jeevan selamat tiba di Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasad Koperal Sathyaraj Jeevan selamat tiba di Kuching

KUCHING – Jasad anggota polis yang maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Ketibaan jasad Koperal Sathyaraj Jeevan, 34, disambut dengan tabik hormat dan istiadat ringkas oleh barisan pegawai-pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak sebagai tanda penghormatan terakhir bagi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat dalam PDRM.

Turut hadir ahli keluarga mendiang dan 50 pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, IPD Padawan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, diketuai Superintendan Sudirman Kram.

Jasad Sarthyaraj kemudian dibawa menggunakan van PDRM ke rumah isterinya di Kampung Sikog, Padawan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Sikog pada 26 Mac ini.

Mendiang yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur ditemukan maut kira-kira pukul 3 pagi semalam, dipercayai akibat dipukul sekumpulan lelaki di Taman Impian Indah.

Mendiang meninggalkan isteri dan dua anak perempuan.

Sementara itu, polis sudah menahan lima lelaki dan mengesan beberapa lagi suspek yang terbabit memukul mangsa sehingga maut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan semalam dan usaha mengesan beberapa individu lagi sedang dijalankan.

“Hasil bedah siasat yang selesai petang semalam mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah di kepala akibat hentakan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI