fbpx

Polis kesan warga emas hilang sejak pagi semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis kini mengesan Maryati yang dipercayai hilang sejak pagi semalam di Kampung Gaing Baru, Pedas, di sini. - IHSAN POLIS

REMBAU – Polis kini sedang mengesan seorang wanita warga emas yang dipercayai hilang sejak pagi semalam di Kampung Gaing Baru, Pedas, di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, wanita berkenaan, Maryati Wagimin, 86, iaitu warga Indonesia disedari tiada dalam bilik sejak pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, lokasi terakhir warga emas berkenaan dilihat orang awam ialah berhampiran Masjid Kariah Sepri dan laporan polis telah dibuat oleh cucu warga emas berkenaan di Balai Polis Pedas, hari ini.

“Ibu serta isteri pengadu telah mencari di sekitar Pekan Pedas, Taman Koperasi dan Pekan Rembau tetapi tidak jumpa. Warga emas ini tidak ada penyakit serius tetapi perangai seperti kebudak-budakan dan mudah lupa atas faktor usia.

Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mejar Mohd Nor Ahmad di nombor telefon 06-6851232 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI