fbpx

Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis doa kesyukuran, kurniaan darjah Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Ismail memakaikan Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor kepada Datuk Dennis Muhammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, hari ini.

Majlis Kurniaan Darjah itu diadakan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani.

Mendahului senarai penerima darjah ialah suami kepada Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Datuk Dennis Muhammad Abdullah yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Dato’.

Tiga individu dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Dato’.

Mereka terdiri daripada Juruterbang Peribadi Sultan Johor, Mejar (B) Dato’ Roslee Mardofee; Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan Pengurus Besar Mados’s Sdn. Bhd., Datuk Ong Eng Leong.

Pada majlis sama, tiga Pegawai Daerah iaitu Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Masni Wakiman; Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd. Rashidi dan Pegawai Daerah Tangkak, Mohd. Farid Kassim dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI