fbpx

Allaudeen serah juadah berbuka kepada anggota bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen menyerahkan juadah berbuka kepada anggotanya yang sedang bertugas di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid hari ini turun padang di sekitar ibu negara bagi menyantuni para anggota bertugas ketika bulan Ramadan dengan menyerahkan juadah berbuka kepada mereka.

Allaudeen bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh tetap meneruskan penyerahan juadah meskipun cuaca hujan lebat.

Serahan juadah yang bermula pukul 7 malam itu dimulakan di Jalan Raja Chulan dan berakhir sekitar Bukit Bintang, di sini, bagi memberi laluan untuk berbuka puasa.

Seterusnya, Allaudeen bergerak ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi Program Berbuka Puasa dengan warga polis trafik sebelum beliau bersara wajib pada 1 April nanti.

Beliau yang menyandang jawatan Ketua Polis Lumpur selama hampir lapan bulan itu turut memberi pesanan kepada warga polis trafik agar menjaga imej pasukan ketika bertugas.

“Saya telah berkhidmat selama 38 tahun sembilan bulan dan akan bersara seminggu lagi. Begitu banyak pengalaman yang dilalui.

“Pesanan saya jagalah diri kerana wajah polis (imej pasukan) terletak kepada trafik dan peronda disebabkan sering terlibat dengan masyarakat.

“Kalau dua-dua elok maka eloklah PDRM. Jika salah satu buruk maka semualah buruk,” katanya ketika berucap dalam Program Berbuka Puasa, di sini, hari ini.

Dalam majlis sama, Allaudeen bersama isterinya yang juga sebagai Pengerusi Perkep Kuala Lumpur turut menyerahkan sumbangan barang keperluan serta duit tabung kasih kepada warga polis trafik.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada anak kelainan upaya (OKU), balu tunggal dan kepada warga yang mengalami sakit kronik, kritikal dan kemalangan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI