fbpx

Saya tak rasis – Joo Ngan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOO NGAN (kiri) sedih dituduh bersikap rasis hingga mencetuskan suasana tidak harmoni dalam KLCA.

KETUA jurulatih berbasikal Kuala Lumpur (KLCA), Datuk Ng Joo Ngan menempelak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia bersikap rasis sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni dalam persatuan tersebut.

Joo Ngan yang mempunyai pengalaman 65 tahun dalam sukan berbasikal kecewa dan sedih menerima tuduhan sedemikian biarpun telah berbakti melahirkan ramai pelumba berbakat buat negara.

Katanya, ini kali pertama dalam sejarah dia berdepan tuduhan tidak berasas tersebut berpunca daripada kemelut antara keluarga, pelumba dan persatuan baharu yang dipimpin Datuk Razlan Razali selaku presiden KLCA.

“Ramai cakap saya rasis dan pilih kasih. Apa yang boleh saya katakan tuduhan tersebut semua tipu. Kalau anda mahu jadi jurulatih, anda tidak boleh lakukan perkara tersebut iaitu perkauman.

“Dulu Datuk Azizulhasni Awang tinggal di rumah saya dan pastikan dia kekal berlatih. Saya juga ada anak angkat berbangsa Melayu yang kini berusia lebih 30 tahun. Adakah tindakan tersebut rasis? Semestinya tidak.

“Jangan pergi ada yang ‘cucuk’ itu keluarga kerana ia tidak bagus. Sudah 65 tahun saya jadi jurulatih dan tak pernah perkara seperti ini terjadi. Saya benar-benar sedih kerana saya tidak pernah pilih kasih mahupun rasis. Saya minta jangan cakap saya rasis,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden KLCA, Firdaus Arshad kecewa dengan tindakan Datuk Razlan Razali yang mengeluarkan kenyataan tidak profesional sehingga memberi imej tidak baik kepada persatuan tersebut.

Kata Firdaus, Razlan membuat keputusan meletakkan jawatan selaku Presiden KLCA pada 16 Mac lalu selepas membuat pertemuan bersama ibu bapa pelumba, bekas pelumba serta wakil daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dua hari sebelum itu.

Menerusi perjumpaan itu, beberapa ibu bapa membangkitkan isu perkauman, pecah amanah dan penyalahgunaan dana dari MSWP telah berlaku dalam persatuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Firdaus menafikan perkara tersebut dan pihaknya bersedia menjawab segala tuduhan berbangkit kepada MSWP termasuk penyalahgunaan dana mahupun rasis seperti yang didakwa.

“Agak terkejut dan kecewa dengan tindakan dilakukan Datuk Razlan. Sebenarnya kita sudah bagi nasihat kepada Datuk Razlan supaya membincangkan perkara itu dalam mesyuarat sebelum melakukan pertemuan dengan ibu bapa.

“Bagaimanapun, Razlan sendiri membuat keputusan berjumpa dengan pihak keluarga pada 10 malam dan menerima maklumat negatif mengenai persatuan terutama soal pecah amanah mahupun rasis yang berlaku dalam persatuan.

“Saya sendiri bagi pendapat bahawa dia tidak boleh jadikan sukan permotoran dan basikal ini sama. Sukan permotoran semua di bayar gaji dan berbasikal ini hanya seorang menerima elaun untuk MSWP, Datuk Ng Joo Ngan iaitu RM2,500.

“Mengenai peletakan jawatan Datuk Razlan, pihak kami akan membuat satu mesyuarat pada 24 Mac ini untuk membincangkan peletakkan jawatan tersebut,” kata Firdaus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI