fbpx

Penjawat awam Johor dapat duit raya setengah bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan khas itu juga akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun negeri.

Menurutnya, bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memaklumkan kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk menimbal guna bayaran insentif awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024.

“SSPA diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan badan berkanun negeri.

“BIA Kajian SSPA tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, timbal guna BIA Kajian SSPA tahun 2024 akan memanfaatkan seramai 17,704 kakitangan awam.

“Kerajaan negeri berharap pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya dan Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024 ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI