fbpx

Perlis United gagal sertai Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIB mengesahkan Singa Utara gagal tiga daripada empat syarat awal apabila tidak mengemukakan dokumen yang diminta.

PETALING JAYA – Harapan kelab Liga M3, Perlis United untuk membuat kemunculan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) tidak kesampaian selepas tidak diberikan lesen kebangsaan bagi musim 2024/2025.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu kenyataan hari ini, badan bebas First Instance Body (FIB) membuat keputusan tersebut berikutan kegagalan memenuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan awal bulan ini.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, tarikh akhir penyerahan yang sepatutnya berakhir pada 22 Mac tetapi FIB mengesahkan bahawa Singa Utara telah gagal tiga daripada empat syarat awal itu dengan tidak mengemukakan sebarang dokumen seperti yang diminta.

“Perlis United melanggar semua tarikh akhir yang diberikan. Oleh itu, FIB telah memutuskan untuk tidak memberikan lesen Liga Super 2024/2025 kepada pasukan berkenaan.

“FIB mengekalkan syarat ketatnya demi untuk menjaga kestabilan kewangan liga dan kelab-kelab serta proses usaha wajar kewangan ini dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan Liga M tidak menghadapi kebimbangan kewangan sekiranya Perlis United dibenarkan bertanding.

“Kegagalan PUFC untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan tersebut menyaksikan hanya 13 kelab yang akan bersaing dalam Liga Super musim depan,” kata Sheikh Mohd Nasir.

Antara syarat tambahan yang ditetapkan MFL kepada Perlis United sebelum ini adalah dana dalam akaun sebanyak RM5 juta selain pengisytiharan tiada hutang tertunggak daripada kempen Liga M3 musim lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI