fbpx

Kontraktor cedera dibelasah 7 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Seorang kontraktor cedera dipukul tujuh lelaki dalam kejadian pergaduhan di hadapan Plaza R&R, Jalan Abas di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 25 tahun mengalami tiga jahitan pada kening kanan, pipi, leher serta bahagian siku.

Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan rasa tidak berpuas hati isu murid sekolah rendah bergaduh di sekolah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata, keluarga mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pontian keesokkan harinya.

“Siasatan awal mendapati, pengadu telah menerima panggilan telefon daripada ibu kepada kawan anaknya pada pukul 6.56 petang, 17 Mac menyatakan anak mereka mempunyai salah di sekolah dan pengadu telah menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan dakwaan itu sebelum kedua-dua belah pihak telah dipanggil untuk menyelesaikan masalah berkenaan pada pukul 1 tengah hari, 18 Mac.

“Namun, selepas selesai dipanggil, suspek tidak berpuas hati dan berlaku selisih faham antara kedua-dua pihak di luar sekolah sebelum keluarga pengadu beredar,”katanya dalam kenyataan di sini.

Mohammad Shofee berkata, pengadu dan anaknya berhenti di R&R Pontian untuk bertemu sekali lagi dengan keluarga suspek bagi menyelesaikan masalah dengan cara baik namun telah berlaku pergaduhan.

Katanya, keadaan semakin tegang apabila beberapa individu iaitu kenalan kepada suspek menyerang keluarga pengadu dengan menendang kereta anak pengadu serta memukul anaknya yang berusia 25 tahun.

Beliau berkata, susulan laporan diterima polis telah menahan empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta khianat dan pihaknya masih mengesan empat lagi individu terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI