fbpx

Tunku Mahkota Ismail gesa pihak berkuasa tegas isu stoking kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah, kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam dan isu ini tidak boleh dipandang remeh.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titahnya menerusi hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

Rabu lalu, pengendali rangkaian kedai serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn. Bhd. (KK Super Mart) memohon maaf berhubung video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu tetap diteruskan meskipun KK Mart sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI