fbpx

Penduduk gempar ratusan ikan melompat atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk dilihat mengutip ikan-ikan yang melompat ke atas jalan raya. – TikTok

JAKARTA –  Fenomena aneh  beratus-ratus ekor ikan melompat ke atas jalan menggemparkan pengguna media sosial di  Indonesia dengan  ramai netizen mengaitkan kejadian itu dengan petanda tidak baik, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan  video mengenainya yang dimuat naik di platform TikTok, kejadian itu dikatakan berlaku di Merauke, wilayah Papua.

Beberapa penduduk dilihat mengutip ikan-ikan yang melompat ke atas jalan raya itu menggunakan beg pakaian.

Pengguna media sosial yang menonton video itu menyuarakan rasa kagum melihatkan jumlah ikan yang begitu banyak naik ke darat, malah ramai mengaitkannya dengan petanda tidak baik.

“Hati-hati. Mungkin ia petanda alam yang kurang baik,” kata seorang netizen.

“Perlu berhati-hati, pasti ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Semoga tidak berlaku apa-apa (perkara buruk),” kata pengguna media sosial yang lain.

Dalam pada itu, wanita yang memuat naik video tersebut, Nesta Anggara ketika dihubungi Liputan6 menjelaskan, kejadian itu merupakan fenomena biasa yang berlaku di Merauke.

Menurutnya, sebagai penduduk tempatan, ikan puyu naik ke daratan untuk berpindah dari kawasan paya kurang air  ke kawasan paya yang mempunyai banyak air. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI