fbpx

Had laju kenderaan masih kekal 110km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sesi MQT di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengekalkan had laju kenderaan di negara ini iaitu 110 kilometer per jam (km/j) dan tidak bercadang menaikkan had kelajuan tersebut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan secara amnya, belum bercadang meningkatkan had laju dan masih ditetapkan untuk mengekalkan dengan kelajuan 110km/j.

“Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan secara amnya, belum bercadang untuk meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j.

“Untuk makluman, bidang kuasa menetapkan had laju ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sabri Azit (PN-Jerai) yang ingin tahu mengenai statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan adakah kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120km/j.

Tambah Loke, sebanyak 556,055 notis dikeluarkan pada 2023 bagi kesalahan melebihi had laju membabitkan Kamera Perangkap Had Laju (AwAS) di seluruh negara.

Katanya, bagi lokasi yang merekodkan ramai pemandu melebihi had laju adalah di KM382.8 Lebuhraya PLUS – Behrang (arah selatan) iaitu 98,911 notis dikeluarkan di antara Jun hingga Disember 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI