fbpx

Kerajaan pertimbang segala aspek anjur Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan, sebarang keputusan berhubung penganjuran temasya Sukan Komanwel 2026 akan dibuat selepas pihak kerajaan membuat penilaian teliti dari segenap aspek.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kertas kerja bakal dibentangkan minggu ini dengan mengambil kira pelbagai sudut serta maklum balas semua pihak seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Jelas beliau, perbincangan itu bakal melibatkan cadangan untuk menjadi tuan rumah bersama bagi menganjurkan temasya sukan empat tahun sekali itu bersama Singapura.

“Apa yang paling penting adalah apabila keputusan ini dibuat, kami akan beri jaminan bahawa kita sudah membuat pertimbangan dari semua aspek pada perbincangan Kabinet Jumaat nanti.

“Ingin saya maklumkan keputusan akan dibuat hasil maklum balas daripada semua pihak yang menghubungi kita selain kami membaca semua pesanan yang disampaikan di media sosial,” katanya pada majlis pelancaran laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Tambah Hannah, beliau berharap semua pihak bersabar menantikan keputusan penganjuran Sukan Komanwel sehingga Perdana Menteri membuat pengumuman hasil daripada perbincangan Kabinet itu nanti.

Sebelum ini, Anwar menegaskan, sebarang keputusan sama ada Malaysia akan menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bakal dibuat pada minggu hadapan.

Status penganjuran Sukan Komanwel 2026 menjadi persoalan selepas Victoria, Australia menarik diri daripada menjadi tuan rumah tahun lalu ekoran peningkatan kos penganjuran daripada $AU2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada $AU7 bilion (RM21.78 bilion). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI