fbpx

Isu stoking kalimah Allah: Bukit Aman terima 42 laporan laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 42 laporan polis dari seluruh negara berhubung isu penjualan stoking tertulis kalimah ‘Allah’ di sebuah kedai serbaneka KK Mart, Bandar Sunway, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berkaitan isu tersebut.

“Kita (polis) setakat hari ini telah menerima 42 laporan polis manakala dua kertas siasatan telah dibuka dalam kes berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan petang hari ini.

Tambah Mohd Shuhaily kes sedang disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Justeru katanya, kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Kes masih di peringkat siasatan polis dan orang ramai dinasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” ujar beliau.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan akan meneruskan siasatan berhubung penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ walaupun permohonan maaf sudah dibuat oleh KK Mart dan vendornya.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan tersebut diambil menangani isu yang mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam.

Tambah beliau, pihak polis sudah menerima 36 laporan berkaitan penjualan stoking berkenaan dan satu kertas siasatan sudah dibuka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkaitan apakah tindakan yang akan diambil oleh KDN bagi menoktahkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI