fbpx

Warga emas mati dibunuh tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki warga emas ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan pada badan dalam kejadian di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak bernyawa di tepi jalan dengan kesan tetakan di beberapa bahagian tubuh dalam kejadian di kawasan Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian bunuh lelaki berusia 61 tahun itu pada pukul 10.50 pagi.

Ujarnya, susulan itu, polis berjaya memberkas lima lelaki berusia antara 35 hingga 48 tahun.

“Kesemua suspek ditahan secara berasingan di sekitar Johor Bahru untuk siasatan lanjut. Polis turut merampas beberapa barangan milik si mati dan sampel swab di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kumar berkata, hasil semakan rekod jenayah ke atas suspek mendapati mereka memiliki pelbagai rekod lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI