fbpx

Tiada telur mata dijual RM4.50 sebiji di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika meninjau Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan dan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Tapak Tamu Mingguan Daerah Papar, semalam. -Foto IVAN AMIRUL

PAPAR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tiada gerai bazar Ramadan menjual telur mata pada harga RM4.50 sebiji seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Armizan memaklumkan, hasil pemantauan ke atas keseluruhan 60 gerai, hanya tiga gerai sahaja yang menjual telur mata.

“Pemantauan kita menyeluruh melibatkan pelbagai barangan termasuk pemeriksaan makanan yang dijual peniaga. Selepas pemantauan dibuat, kita hubungi semula pihak yang membuat aduan.

“Pengadu sendiri mengaku tidak membeli di gerai yang dinyatakan malahan hanya berjalan sepintas lalu sebelum melihat harga dipamerkan RM4.50,” katanya ketika membuat tinjauan sempena Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan dan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Tapak Tamu Mingguan Papar, semalam.

Jelas beliau, memang ada gerai yang menjual makanan dengan harga RM4.50 tetapi ia adalah satu set nasi kukus bersama telur mata, bilis dan hidangan sampingan lain.

“Jangan viralkan dahulu kerana peniaga boleh sahaja menyembunyikan aktiviti yang salah itu sebelum KPDN mengambil tindakan.

“Saya menggesa semua pengguna yang ada sebarang permasalahan terus buat aduan di saluran yang betul agar perhatian dan tindakan boleh diambil dengan kadar segera oleh kementerien,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI