fbpx
Sebahagian daripada menu yang dihidangkan kepada pelanggan untuk berbuka puasa di Jemput Makan di Sunway Resort Hotels.

Pengembaraan Ibnu Batutah menjadi inspirasi juadah bufet Ramadan di Sunway Resort Hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sunway Resort Hotel salah sebuah hotel yang menjadi pilihan warga kota untuk berbuka puasa kerana tema dan menu yang ditampilkan sentiasa berbeza dan memberi pengalaman menarik kepada para pengunjungnya.

Sehubungan itu, restoran Jemput Makan di Sunset Terrace hotel berkenaan sentiasa menerima tempahan yang baik daripada para pelanggannya setiap hari dalam bulan Ramadan.

Ia menjadi pilihan untuk sesebuah keluarga berkumpul, majikan meraikan para pekerjanya atau bersama rakan dan orang tersayang untuk menikmati juadah berbuka puasa.

 

Kini inspirasi Ibnu Batutah menjadi pilihan yang diketengahkan dalam juadah berbuka puasa di The Sunway Resort Hotel dengan menampilkan kelainan kepada pelanggan agar mereka merasai pengalaman unik daripada aspek dekorasi sehinggalah kepada pemilihan menu yang dihidangkan oleh cef serta kakitangan berpengalaman.

Pengembara Islam terhebat itu telah mengembara selama 29 tahun meliputi 75,000 batu dengan melawat 44 negara moden dalam abad ke 14  yang meliputi rantau Asia Barat, Afrika dan juga Asia.

Menurut Pengurus hotel tersebut, Sidi M. Fikri, sejarah pengembaraan Ibnu Batutah pada abad ke-14 telah memberi ilham kepada kumpulan cef yang diketuai oleh Chef Afiq Makhtir untuk  menyajikan pelbagai menu lazat daripada negara yang pernah dikunjunginya.

Ini melibatkan beberapa makanan signatur dari negara asal pengembara Islam tersebut seperti lamb tagine dari Maghribi, lamb ouzi dari Timur Tengah, pide dari Turki dan nasi biryani Sultanate dari India. 

“Pemanis mulut seperti baklava dari Timur Tengah, gulab jamun dari India dan saagu bondibai dari Maldives adalah antara juadah pemanis mulut yang akan melengkapkan hidangan berbuka puasa pelanggan.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang mencari menu makanan cita rasa tempatan berasaskan makanan kampung seperti lauk pauk tradisional selain lemang, ketupat palas dan rendang daging bakal memenuhi cita rasa pelanggan sehingga dapat mengubati kerinduan mereka terhadap kampung halaman pada bulan yang mulia ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

 Menu bufet Ramadan ditawarkan pada harga antara RM114 untuk kanak-kanak dan warga emas hinggalah kepada RM228 seorang dewasa. 

Selain itu, pada hari raya Aidil Fitri iaitu 10 Mac hingga 13 April bufet makan tengahari ditawarkan pada harga RM158 seorang dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas adalah RM79.

Bufet  makan malam pula di jual pada harga RM228 seorang dewasa manakala RM114 untuk kanak-kanak atau warga emas. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN