fbpx

Mindef sedang muktamad perolehan Kumpulan Kedua LMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan peruntukan Senggaraan kepada Abdul Rahman semperna Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera Laut Malaysia di Markas TLDM, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang memuktamadkan perolehan Kumpulan Kedua Kapal Pesisir Pantai (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melibatkan sebanyak tiga buah kapal, tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam masa sama, pihaknya juga sedang memastikan pembinaan lima buah Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) berjalan lancar.

Menurut beliau, saiz kapal LMS adalah lebih kecil berbanding saiz kapal LCS, selain digunakan untuk operasi yang berbeza.

“Tetapi kali ini kita yakin ia akan dapat disiapkan menjelang November tahun ini untuk menjalani ‘Harbour Acceptance Test’ dan ‘Sea Acceptance Trial’ selama dua tahun bagi menguji ketahanan dan kemampuan kapal tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama 500 warga TLDM di Pangkalan TLDM Johor Bahru, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut memaklumkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kerajaan terbaik dalam aspek penjagaan kebajikan dan kesejahteraan pegawai dan anggota tentera negara.

“Tahun ini, kerajaan memperuntukkan bajet penyelenggaraan sebanyak RM400 juta, terbesar jika dibandingkan dengan peruntukan sebelum ini. Kebiasaannya peruntukan diberi sekitar RM100 juta.

“Kerajaan ini memberi perhatian kepada kebajikan anggota-anggota tentera termasuk TLDM. Penyelenggaraan untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) TLDM menerima peruntukan berjumlah RM69 juta,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI