fbpx

Misi mustahil beregu campuran di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG Jie dan Ee Wei

PENYINGKIRAN tiga beregu campuran terakhir negara seawal pusingan kedua Kejohanan Badminton All England lewat malam kelmarin seakan memberikan gambaran awal peluang Malaysia untuk memenangi pingat di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 tampak begitu sukar.

Beregu campuran terbaik negara di kedudukan No.9 dunia iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas mengejut kepada pasangan ranking lebih rendah dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 21-17, 19-21, 16-21, sekali gus menyaksikan mereka terus kempunan untuk merangkul kejuaraan pertama tahun ini.

Dua wakil terakhir negara pada aksi di Utilita Arena, Birmingham malam kelmarin iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga mengalami nasib sama apabila tumbang straight-set kepada lawan mereka yang menghuni ranking lebih tinggi.

Meskipun menyedari masih mempunyai masa sebelum Olimpik Paris bermula 26 Julai nanti, namun realistiknya kegagalan menakluk All England yang berstatus Super 1000 seakan menggambarkan tiada peluang buat beregu-beregu campuran negara untuk meraih pingat di Paris nanti.

Kali terakhir beregu campuran negara menaiki podium Olimpik melalui Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meraih perak edisi Rio 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI