fbpx

LZS peruntuk RM1.495 juta untuk 10 van jenazah masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (lapan kiri) bersama wakil masjid yang menerima van jenazah di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Sejumlah RM1.495 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi pembelian 10 van jenazah kepda masjid terpilih di Selangor.

LZS berkata, sumbangan tersebut salah satu jenis bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah bertujuan membantu memudahkan pengurusan jenazah.

“Ia diperuntukkan kepada masjid yang tidak memiliki kemudahan kenderaan untuk mengurus jenazah terutamanya terutama di kawasan luar bandar, di samping mempunyai kariah yang ramai.

“Sumbangan van jenazah ini adalah sebahagian daripada sumbangan zakat di bawah Program Pembangunan Institusi Agama yang bermula sejak 2013 sehingga kini,” katanya hari ini.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini di sini hari ini.

Jelas LZS, sumbangan van jenazah ini melibatkan dua buah masjid bagi setiap daerah di Petaling, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang dan masing-masing satu Kuala Selangor dan Hulu Langat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI