fbpx

Lelaki cedera parah tangan tersepit mesin pengisar rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGAN kiri mangsa tersepit di mesin pengisar rumput dalam kejadian di Kampung Samy, Tapah hari ini. - IHSAN JBPPM PERAK

TAPAH – Situasi cemas dialami  seorang lelaki berusia 56 tahun apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengisar rumput yang digunakan untuk makanan lembu ternakan di Kampung Samy di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.19 petang.

“Kami bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati tangan kiri mangsa tersepit pada mesin shreader yang dikhaskan untuk menghancurkan rumput bagi menjadi makanan lembu ternakannya.

“Bomba menggunakan peralatan khas memotong sebahagian besi mesin itu untuk mengeluarkan tangan mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Katanya lagi, mangsa mengalami kecederaan parah pada kelima-lima jari tangan kirinya dan dibawa ke hospital berdekatan menggunakan ambulans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI