fbpx

Kereta pencuri kabel terbabas, seorang lelaki diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Tindakan dua pencuri kabel cuba melarikan diri gagal apabila seorang daripada mereka berjaya ditangkap selepas kereta yang dinaiki terbabas di Kampung Rapat Jaya, di sini semalam.

Suspek berusia 58 tahun itu diberkas selepas dikejar anggota polis sejauh kira-kira lima kilometer.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat mengenai kegiatan kedua-dua suspek mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Pasir Mas, Taman Mayfair itu dimaklumkan oleh orang awam pada pukul 5 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat, anggota dari Balai Polis Pasir Puteh telah melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan dan menemukan suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Iswara.

“Hebahan dilakukan untuk bantuan di mana dua kereta peronda ditugaskan mengejar kereta dinaiki suspek sebelum kenderaan itu terbabas sendiri,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan seorang daripada suspek tersepit di dalam kereta, manakala rakannya berjaya melarikan diri. Pemeriksaan pada kenderaan juga menjumpai barang kes curi kabel TM.

“Suspek telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan disahkan mengalami patah tulang selangka kanan.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang masih bebas. Maklumat kes itu boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Hakim Al Balkhis di talian 011-11256246,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI