fbpx

Guru bantu gunting rambut murid Orang Asli dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi di TikTok.

PETALING JAYA – Tindakan seorang guru memotongkan rambut pelajar-pelajarnya yang merupakan Orang Asli menerima pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok guru berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Ben Zaid, beliau sentiasa bersedia membantu memotongkan rambut anak-anak muridnya secara percuma.

“Kalau rambut panjang datang je jumpa cikgu ! Cikgu ada tunggu di rumah. Nanti cikgu potongkan.

“Kalau rambut panjang nanti banyak kutu. Percuma selagi cikgu berkhidmat di sini wahai anak syurga,” tulisnya di ruang kapsyen.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji sikap guru terbabit yang dikatakan prihatin terhadap anak-anak muridnya.

“Terbaik cikgu. Pedalaman begitu mana nak cari kedai gunting rambut kan,” kata Fiq.

“Masha Allah, besar pahala cikgu. Semoga segala kebaikan cikgu buat berbalik kepada cikgu sekeluarga,” kata Hoin Journey.

“Sebak saya cikgu, teringat mak saya cikgu tadika. Langsung tak berkira apa jua, sampaikan kewangan tadika banyak lebihan tapi hasad dengki sesama manusia merosakkan. Mak saya hanya bersabar menanti pencen saja,” kongsi Shaiful.

“Besar jasa cikgu pada mereka, semoga semuanya ada ganjaran dari Allah buat cikgu,” kata Mummy Anne.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 300,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI