fbpx

LHDN umum pelantikan dan perubahan empat portfolio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 15 Mac 2024, pengurusan tertingginya telah memutuskan beberapa pelantikan dan pertukaran pegawai kanan LHDN melibatkan empat portfolio.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan Shaharrudy Othman yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian).

Selain itu, Khairul Halimin Abdul Halim pula dilantikan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan).

Selaras dengan pelantikan tersebut, portfolio TKPE LHDN sedia ada turut berubah iaitu Datuk Wan Ramiza Wan Ghazali yang merupakan Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) memegang portfolio baharu iaitu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar).

Selain itu, Datuk Hisham Rusli yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) kini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI