fbpx

Amerika kerah tentera elit lindungi kedutaan di Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedutaan AS di Port-au-Prince - UPI

PORT-AU-PRINCE  –  Washington menghantar pasukan elit Marin ke Haiti untuk  melindungi Kedutaan AS di Port-au-Prince di mana  keganasan  berleluasa,  mengakibatkan ibu negara Haiti tersebut lumpuh,  lapor agensi United Press International semalam. 

Pasukan Keselamatan Anti-Keganasan Armada Marin (FAST)  kini berada di Port-au-Prince, demikian menurut kenyataan Markas Perintah Selatan AS tanpa mendedahkan bila pasukan itu tiba.

Jabatan Negara mengarahkan FAST pergi ke Haiti demi memastikan keselamatan rakyat AS di negara berkenaan.

Menurut Markas Selatan, Kedutaan AS di Haiti masih beroperasi tetapi dalam kapasiti terhad  selepas Washington menghantar pulang kakitangan kurang penting.

Setakat ini, 80 peratus kawasan di Port-au-Prince dikuasai oleh kumpulan-kumpulan bersenjata.

Kumpulan-kumpulan  penjenayah itu menyerang lokasi kerajaan dan penjara di Haiti dan membebaskan lebih 3,500 banduan. Peningkatan keganasan juga memaksa sekolah dan perniagaan ditutup, manakala 15,000 orang menjadi pelarian.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry mengumumkan meletak jawatannya  awal minggu ini.

Pengumuman Henry dibuat beberapa jam selepas Setiausaha Negara AS,  Antony Blinken dan pemimpin-pemimpin rantau  Caribbean bertemu di Jamaica untuk membincangkan penubuhan majlis transnasional sebagai usaha meredakan krisis di Haiti.

Blinken turut  mengumumkan bahawa Pentagon akan menggandakan bantuan misi keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Haiti daripada AS$100 juta (RM468.8 juta) kepada AS$200 juta (RM937.6 juta). 

Beliau juga menjanjikan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$33 juta (RM154.7 juta). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI