fbpx

Kanak-kanak perempuan disangka hilang merayau seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Polis nafi berlaku kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun diculik ketika bapanya keluar membeli makanan di Bukit Indah, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kanak-kanak yang lengkap berpakaian sukan itu keluar merayau-rayau setelah ditinggalkan di dalam kereta bersendiran.

Katanya, kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu berpunca daripada kecuaian bapa kanak-kanak itu yang meninggalkan anaknya dalam kereta seorang diri.

“Lelaki itu keluar membeli makanan meninggalkan anak perempuannya dalam keadaan pintu kereta tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan. Bapanya panik mendapati kanak-kanak itu tidak ada selepas kembali,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan seorang kanak-kanak perempuan selama beberapa jam ketika bapanya membeli makanan.

Ibrahim berkata, pasangan suami isteri yang menaiki sebuah kereta ternampak kanak-kanak itu lalu menghantarnya semula ke sekolah berdasarkan lencana sekolah pada bajunya.

“Ibu bapa mangsa telah dihubungi oleh guru kelasnya dan memaklumkan mangsa berada dalam keadaan baik dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI