fbpx

Tiada rakyat Malaysia terlibat dengan Raja Dadah India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terdapat penglibatan rakyat Malaysia susulan penahanan Raja Dadah India yang ditangkap Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya mengesan beberapa laporan yang mendakwa penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa termasuk di negara ini.

“Portal berkenaan mendakwa aktiviti dadah yang didalangi Jaffer ini diketuai oleh seorang warga Malaysia yang terlibat dalam industri perfileman Tamil.

“Risikan JSJN setakat ini mendapati dakwaan portal berkenaan tidak tepat kerana tiada sebarang maklumat tentang penglibatan Jaffer dengan mana-mana individu warga Malaysia dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khaw, PDRM akan terus menjalankan risikan dan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, JSJN sedang mendapatkan maklumat dari pihak SLO India berkait penglibatan penama ini di Malaysia seperti yg didakwa dalam portal berita dalam talian itu.

Sementara itu, sebuah portal tempatan melaporkan Media India mendakwa ‘bos’ kepada raja dadah India merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini.

Ini selepas penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM1.13 bilion ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, pendedahan yang dilakukan seorang wartawan kanan dan pemilik media Savukku, A Shankar melalui sebuah wawancara di Youtube tersebut tidak disertakan dengan nama individu yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI