fbpx

Permohonan hak anak terdampar perlu ikut prosedur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin dan Razarudin ketika sidang akhbar di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini. -Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kerajaan tidak menafikan hak kewarganegaraan anak terdampar (foundling baby) sebaliknya permohonan perlu mengikuti tertib prosedur yang ditetapkan.

Katanya, cadangan pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan secara telus bagi menangani masalah sindiket surat beranak palsu yang pernah dilaporkan.

“Orang yang jumpa baby (bayi terdampar) kena buat laporan dalam tempoh yang dia jumpa. Itulah amalan sekarang. Tiada lagi kes kuat kuasa undang-undang. Selepas mereka jumpa (bayi), perlu dapatkan dokumen daripada pihak polis, hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini bagi mengatasi kes bila mana ada ibu bapa yang jumpa bayi ini, mereka kemudian buat sijil surat beranak palsu daripada sindiket dan bila kanak-kanak itu dah besar, berusia 12 tahun, mereka tidak dapat buat MyKad disebabkan nama mereka tiada dalam rekod (Jabatan Pendaftaran Negara),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Sesi Dialog Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.

Saifuddin berharap pihak yang menentang cadangan perlembagaan berkenaan sebelum ini agar tidak mempersoalkan tindakannya.

“Proses mendapat mendapat kewarganegaraan boleh diperolehi melalui tiga jalan iaitu penguat kuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi.

“Itu dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan, itu tiga cara. Jangan tanya saya Lembaga Persekutuan beri kuasa kepada Menteri Dalam Negeri meluluskan pendaftaran. Itulah undang-undang dari 1963. Kenapa mesti persoalkan sekarang,” tegasnya.

Katanya, beliau akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan taraf kewarganegaraan sebelum 31 Disember tahun ini.

“11,700 warganegara adalah anak angkat, anak terdampar dan anak tidak sah taraf (ibu bapa warga asing) yang ditinggalkan di hospital kerajaan. 85 peratus adalah anak angkat.

“Saya boleh selesaikan baki 14,000 ini sebelum 31 Disember. Tiada lagi kes berkaitan selepas tarikh itu.

“Dulu mereka perlu menunggu lima hingga tujuh tahun, sekarang hanya setahun. Komitmen kita kurang dari setahun, semua kita akan beri jawapan (kepada permohonan kewarganegaraan),” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI