fbpx

Pangkalan haram wujud di ‘jalan tikus’ sempadan Perlis, Kedah, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu pintu masuk haram yang dijadikan pangkalan untuk menyeludup PATI di Kebun, Tumpat. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesan kewujudan pangkalan haram di ‘jalan tikus’ sempadan Perlis, Kedah dan Kelantan.

“Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan bulan lepas, memang satu daripada syor yang dibincangkan adalah mengenai kewujudan pangkalan haram di ‘jalan tikus’.

“Banyak didapati wujud di sempadan Perlis, Kedah, Kelantan dan juga negara sempadan kita.

“Satu daripada keputusan adalah dengan mengambil tindakan ke atas pangkalan haram tersebut yang menjadi laluan kepada pelbagai aktiviti termasuk penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar PDRM Special Dialogue 2024 di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.

“Saya akan melawat negeri-negeri ini. Saya akan melawat negeri Kelantan dahulu untuk berjumpa Menteri Besar sebab kita perlukan kerjasama kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Itu memang saya boleh sahkan sebagai keputusan tindakan. Di peringkat pelaksanaan, saya fikir agensi-agensi berkenaan akan bertindak sesuai keputusan tindakan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI