fbpx

416,000 pelajar di Sarawak daftar persekolahan sesi 2024/2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad beramah mesra dengan pelajar di SMK Matang Jaya.

KUCHING – Seramai 416,000 orang pelajar berdaftar di 1,459 buah sekolah rendah dan menengah di Sarawak bagi persekolahan sesi 2024/2025.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad berkata jumlah tersebut melibatkan pelajar dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 6.

“Daripada jumlah itu, seramai 34,285 orang adalah murid darjah satu dan 28,351 pelajar tingkatan satu,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pembukaan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Azhar berkata ketika ini, pihaknya berdepan masalah kekurangan guru mengajar dalam bahasa Iban dan Mandarin khususnya di sekolah rendah di seluruh Sarawak.

“Secara keseluruhan, kita memang menghadapi kekurangan guru terutama yang mengajar dalam bahasa Iban dan Mandarin di sekolah rendah,” katanya.

Manakala, Azhar berkata penglibatan pelajar dalam penyalahgunaan dadah juga merisaukan pihaknya apabila seramai lima pelajar ditangkap pada tahun lepas.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memberi kesedaran tentang dadah, sekali gus mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam kegiatan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI