fbpx

Polis buru suspek samun pekerja stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU GAJAH – Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak dekat Jalan Pusing di sini, hari ini.

Kejadian sekitar pukul 6.45 pagi itu menyebabkan dua pekerja stesen minyak tersebut cedera selepas berlaku pergelutan dengan suspek yang bersenjatakan pisau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Zolkifli Hanafiah berkata, kejadian itu berlaku apabila dua suspek yang menunggang motosikal berasingan menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan.

Katanya, suspek kemudian mengeluarkan senjata kecil dipercayai pisau dari beg sandang lalu merampas dua telefon bimbit milik kedua-dua pekerja iaitu wanita berusia 52 tahun dan warga Bangladesh, 26 tahun.

“Kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Batu Gajah dan dibenarkan pulang. Semua suspek sedang dikesan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI