fbpx

KL Rovers mahu penjelasan MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL ROVERS bercadang untuk menyertai aksi Liga Singapura bagi membolehkan pemain mereka mendapatkan aksi lebih kompetitif. - FB KL ROVERS

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) wajar memberikan penjelasan lebih terperinci ekoran pemilihan Perlis United FC (PUFC) sebagai calon untuk menerima lesen luar biasa bagi mengisi slot ke-14 Liga Super musim depan.

Ketika ini, pihak pengurusan Kuala Lumpur (KL) Rovers bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan MFL bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan penolakan permohonan yang dibuat kelab itu.

Pengurus Besar KL Rovers, Fadzlie Ahmad, berkata selepas selepas sesi temubual pada 4 Mac lalu, pihaknya tidak dimaklumkan apa-apa oleh MFL sekiranya ada dokumen tambahan diperlukan.

“Syarat pelesenan luar biasa adalah bukti kewangan RM5 juta. Kami telah menyediakan dalam bentuk ‘escrow’ oleh pihak bakal pembeli saham majoriti dari bank luar negara.

“Kami tidak dimaklumkan secara rasmi dokumen tambahan yang diperlukan selepas temubual pada 4 Mac. Kami menunggu apakah yang diperlukan sehingga mesyuarat ahli lembaga pengarah pada 6 Mac, namun tiada.

“Kami bercadang untuk berjumpa MFL untuk memohon penjelasan mengapa permohonan kami ditolak,” katanya.

MFL sebelum ini mengumumkan PUFC berjaya memberikan salinan dokumen dengan surat penajaan berjumlah RM25 juta dan diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa.

Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan perdebatan terutamanya selepas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam yang mengesahkan hanya tiga pasukan, KL Rovers, Imigresen FC dan Harini yang mengemukakan permohonan untuk dapatkan lesen luar biasa.

Rentetan itu, KL Rovers kini sedang mengintai peluang untuk ‘bawa diri’ ke Liga Singapura dan langkah ini dilihat sebagai inisiatif kelab itu untuk mengembangkan lagi bakat negara ini.

“Kita tidak mahu moral pemain jatuh. Kami mahukan aksi kompetitif di liga utama setelah susah payah selama dua tahun di Liga M3 dapat naib juara,” kata Fadzlie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI